Powered By Blogger

Sunday, 2 August 2015

lulus addmath

TIPS LULUS ADD MATHS



Kertas 1

Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..biasanya pattern soalan sama saja.

Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function

Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation

dan seterus-seterusnya lah...(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)




Empat Chapter ini (biasanya tak keluar dalam Paper 1 sebab chapter ni soalan pilihan Paper 2)

-Solution Of Triangle

-Index Number

-Motion Along A Straight Line

-Linear Programming



Cadangan

1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua soalan sehabis baik mengikut kemampuan anda

(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama kerana beberapa chapter telah diajar dalam matematik moden juga..)



2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation (dicadangkan Casio MS570)

- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih mudah kerana factorization untuk quadratic equation

digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak diberikan sekiranya jalan kerja tidak ditunjukkan-

(calculator untuk tujuan penyemakkan)

- untuk mencari nilai binomial probability distribution -nilai X dengan lebih mudah tanpa menggunakan buku sifir

4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan



3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung setiap soalan..yang terdiri dari 2,3 dan 4 markah. Jawab soalan berpandukan markah yang diberi.



4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan..(hampir semua formula)..walaubagaimanapun ia akan menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu menggunakan atau tidak tahu makna simbol..penting untuk anda "mesra" dengan formula-formula ini dengan membuat seberapa banyak latihan



5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya : Without using scientific calculator..maksudnya anda diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk menjawab soalan itu..walau bagaimanapun..anda boleh menggunakan mesin kira untuk tujuan semakan..



6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 25markah (30/80) untuk kertas 1

7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk lulus Add Math..pelajar yang biasa mendapat markah (60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat A1 atau A2 untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)

Kertas 2

Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15 soalan..wajib jawab 12)

Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)

sekiranya anda sangat lemah dalam add math pastikan anda fokuskan kepada soalan-soalan berikut

* Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization guna scintific calculator anda)

* Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7) (buat jadual (sekurang-kurang nya dua tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)

* Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana graf trigo tidaklah sesusah yg selalu
digambarkan)

* Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja

Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan mereka memilih tajuk Index Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah..dan solution of triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan Linear Programing(mengambil masa untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf)..Motion Along a Straight Line (perlu mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan baik untk topik
ini)

# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari topik lain yang selalu diuji ialah Coordinate Geometry, Statistic, Circular Measures, Vector, Differentiation dan Integration

Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk topik2 terpilih tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2) peluang untuk anda lulus adalah sangat cerah sekali..jika anada dapat menambah 10 markah lagi..peluang untuk kredit berada di depan mata)

1.Segala cadangan di atas adalah atas pemerhatian dan pengalaman (kursus teknik menjawab) yang telah saya ikuti@alami sendiri..sekiranya anda mempunyai guru2 pakar yang dapat memberikan ilmu atau strategi menjawab yang lebih baik saya sangat mengalu-alukan anda berkongsi dengan saya

2. Sekiranya anda telah pun mempunyai strategi menjawab yang lebih baik...dan cadangan di atas tidak memberikan banyak input malah mengelirukan..ABAIKAN SAJA

3. Sekiranya anda rasa ia membantu dan memerlukan lebih dari yang ditulis diatas anda boleh bertanya - akan saya jawab sekiranya mampu...

Tuesday, 7 July 2015

RAMALAN SPM SEJARAH 2015

DIPETIK DARI BLOG :

http://smkdarulaman.edu.my/?attachment_id=1784

Tajuk Fokus Sejarah SPM 2015

RAMALAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2015

DIPETIK DARI :
 https://ustazsyahir.wordpress.com/2015/03/04/analisis-tajuk-pendidikan-islam-spm-2015

image
image

PENANDA WARCANA


Bahagian 1

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.


Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoha) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala(Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......

Sumber:

SPM BAHASA MELAYU KERTAS 1

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1
 Siri 7
 KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
 sumber: Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu) 
dipetik daripada : Cikgu Idris Saleh http://bmmaya.blogspot.com/ 

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). 

03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home) 

04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

 05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18) 

07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

 08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

 09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

 10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

 11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 

12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit

. 13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

 14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 

15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 

16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214) 

17. Kekitaan yang erat tiada yang berat

.18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 

19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 

20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

 21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

FRASA MENARIK .......

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

Saturday, 13 June 2015

CONTOH SOALAN KBAT

BAB 1:   KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1.   Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat kuasa asing.

F1
Mengukuhkan semangat cinta negara
F2
Mengeratkan perpaduan bangsa
F3
Menjaga nama baik negara
F4
Tidak bekerjasama dengan kuasa asing
F5
Memelihara jati diri
F6
Menguasai ilmu pengetahuan
F7
Menguasai segala bidang kemahiran
F8
Mengukuhkan pasukan tentera
F9
Meningkatkan sains teknologi
F10
Mana-mana jawapan munasabah

2.   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan pengenalan sistem Birokrasi Barat ke atas kemajuan negara kita?

F1
Perkhidmatan awam kemas
F2
Penglibatan rakyat dalam pentadbiran
F3
Raja mengikut perlembagaan
F4
Pengenalan sistem persekutuan
F5
Kemudahan awam
F6
Pengangkutan
F7
Perhubungan
F8
Pendidikan moden
F9
Kemajuan sains teknologi
F10
Mana-mana jawapan munasabah

3.   Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dalam kalangan generasi muda kita hari ini?

F1
Menerapkan semangat patriotik di sekolah
F2
Menjaga nama baik negara di mana sahaja
F3
Melengkapkan diri dengan  ilmu
F4
Bersatu padu semua kaum
F5
Mempunyai semangat kepimpinan
F6
Mempertahankan kedaulatan negara
F7
Sikap berdisiplin
F8
Gigih berusaha
F9
Tolong-menolong / bekerjasama
F10
Mana-mana jawapan munasabah

4.   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara?

F1
Penubuhan Kerajaan Pusat
F2
Diketuai gabenor Jeneral / pesuruhjaya tinggi
F3
Pembesar tempatan di peringkat pusat dihapuskan
F4
Raja kehilangan kuasa
F5
Pegawai Barat dilantik menjadi ketua biro
F6
Beberapa jabatan ditubuhkan seperti pelajaran
F7
Pengenalan sistem undang-undang Barat
F8
British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9
Raja menerima penasihat Barat
F10
Pembesar tempatan kehilangan pengaruh

Mana-mana jawapan munasabah

5.   Pada pandangan anda, apakah iktibar yang diperoleh daripada perkembangan nasionalisme yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara?

F1
Melengkapkan diri dengan  ilmu pengetahuan
F2
Bersatu padu dalam perjuangan
F3
Mempunyai semangat kepimpinan yang baik
F4
Berusaha membentuk kerajaan yang berdaulat
F5
Sikap berdisiplin
F6
Gigih berusaha
F7
Tolong-menolong / bekerjasama
F8
Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
F9
Sanggup berkorban untuk bangsa
F10
Kebijaksanaan pemimpin

Mana-mana jawapan munasabah


BAB 2:  NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG  DUNIA KEDUA

1.   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pejuang tanah air seperti Dol Said, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain, apakah nilai yang boleh diteladani oleh anda sebagai warganegara Malaysia yang patriotik?

F1
Cinta akan negara
F2
Tidak putus asa
F3
Berani berjuang
F4
Sanggup berkorban
F5
Semangat kental
F6
Benci penjajahan
F7
Mempertahankan tanah air
F8
Tidak mengalah
F9
Mana-mana jawapan munasabah
2.   Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah media massa amat penting dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat dari zaman dahulu hingga sekarang?

F1
Membetulkan pandangan salah
F2
Memberi kesedaran
F3
Mengkritik pemimpin yang salah
F4
Menyebarkan ilmu
F5
Memperjuangkan rakyat
F6
Memberi teladan
F7
Mana-mana jawapan munasabah

3.   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan peristiwa pahit zaman penjajahan yang boleh menimbulkan perasaan berani mempertahankan negara kepada generasi hari ini?
     
F1
Kezaliman kuasa Jepun
F2
Pembunuhan oleh Bintang 3
F3
Parti Komunis Malaya
F4
Kebuluran makanan zaman komunis
F5
Pembunuhan rakyat tidak berdosa komunis
F6
Kezaliman penjajah seperti Birch
F7
Penipuan dalam perjanjian seperti perjanjian Pangkor 
F8
Pembunuhan pejuang seperti Tok Janggut
F9
Mana-mana jawapan munasabah

4.   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh Gerakan Islah di Tanah Melayu?

F1
Berjaya menghadapi halangan Kaum Tua/Penjajah
F2
Menyedarkan kepentingan pendidikan
F3
Membela pendidikan wanita/perempuan
F4
Mendirikan madrasah
F5
Memajukan pendidikan dunia dan akhirat
F6
Pendidikan Ilmu Hisab
F7
Pendidkan Bahasa Inggeris
F8
Ilmu Fardu ain
F9
Mana-mana jawapan munasabah

5.   Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan persatuan dan politik kurang menonjol di Sabah dan Sabah?

F1
Tidak tersebar di kawasan pedalaman
F2
Masalah perhubungan
F3
Taraf pendidikan yang masih rendah
F4
Pengangkutan mundur
F5
Ekonomi kurang berkembang
F6
Kurang kesedaran politik
F7
Mana-mana jawapan munasabah
BAB 3:   KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

1.  Pada pandangan anda, mengapakah konsep Realpolitik yang dipegang oleh pemimpin Itali dan Jerman jika diamalkan pada hari ini akan menghancurkan keharmonian dunia?

F1
Pembunuhan
F2
Kuku besi
F3
Tipu helah
F4
Pemalsuan dokumen
F5
Provokasi
F6
Penipuan
F7
Ugutan
F8
Perang
F9
Diktator
F10
Tidak mengikut undang-undang
F11
Ekonomi mundur
F12
Kejam

Mana-mana jawapan munasabah

2.   Pada pemerhatian anda, bagaimanakah undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni masyarakat hari ini?

F1
Menjamin kedaulatan
F2
Taat pemerintah
F3
Hukuman adil
F4
Mengikut protokol
F5
Berdisiplin
F6
Pembahagian kuasa raja dan menteri
F7
Sopan santun
F8
Bertoleransi
F9
Pentadbiran kemas
F10
Bersatu padu
F11
Saling hormat

Mana-mana jawapan munasabah

3.   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan mengapakah Adat Perpatih dikatakan mempunyai amalan demokrasi?

F1
Raja tidak berkuasa mutlak
F2
Agihan kuasa mengikut peringkat
F3
Musyawarah
F4
Muafakat
F5
Keputusan ramai
F6
Semangat kerjasama
F7
Kedaulatan di tangan rakyat
F8
Perundingan Raja dan Undang
F9
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 4:  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


1.   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan ke atas negara kita jika Malayan Union berjaya dilaksanakan oleh penjajah British?

F1
Raja hapus
F2
Negeri Melayu hapus
F3
Adat istiadat Melayu hilang
F4
Agama Islam bukan agama rasmi
F5
Bahasa Melayu terpinggir
F6
Ekonomi Melayu mundur
F7
Imigran menguasai ekonomi
F8
Kerakyatan longgar
F9
Mana-mana jawapan munasabah

2.  Pada pendapat anda, apakah kebaikan penubuhan negara Persekutuan seperti Persekutuan Tanah Melayu?

F1
Perkongsian kekayaan
F2
Negara lebih besar
F3
Penduduk ramai
F4
Kekuatan ketenteraan
F5
Pasaran ekonomi
F6
Negeri kaya membantu miskin
F7
Hubungan kerajaan persekutuan dan negeri
F8
Kerjasama persekutuan dan negeri
F9
Muafakat
F10
Mana-mana jawapan munasabah


BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA


1.   Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diterima daripada peluang mentadbir yang diberi oleh British dalam Sistem Ahli kepada orang tempatan?

F1
Latihan mentadbir
F2
Pengalaman memerintah
F3
Persediaan merdeka
F4
Toleransi kaum
F5
Sokongan rakyat
F6
Perpaduan kaum
F7
Sokongan British
F8
Mana-mana jawapan munasabah



2.   Pada pandangan anda, mengapakah sikap toleransi seperti dalam  Pakatan Murni penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai kaum?

F1
Elak perasaan perkauman
F2
Kerjasama
F3
Permuafakatan
F4
Tidak berlaku perbalahan
F5
Kestabilan ekonomi
F6
Hormat menghormati
F7
Pelabur asing
F8
Agihan kekayaan
F9
Mana-mana jawapan munasabah

3.   Kemerdekaan negara kita hasil kebijaksanaan pemimpin berbincang dengan pihak penjajah. Mengapakah pendekatan berunding lebih baik daripada berperang dalam usaha menuntut kemerdekaan?

F1
Mengelak pertumpahan darah
F2
Kemerdekaan lebih terancang
F3
Memelihara perpaduan kaum
F4
Dapat terus kerjasama British selepas merdeka
F5
Rakyat lebih bersedia
F6
Tiada kerosakan harta benda
F7
Ketenteraman awam
F8
Lebih matang dan dihormati dunia
F9
Mana-mana jawapan munasabah

4.   Bagaimanakah tolak ansur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh membantu negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan?

F1
Mengamalkan semangat inkuiri/ingin tahu
F2
Mengambil berat terhadap sesuatu isu
F3
Bergembling tenaga untuk memajukan ekonomi
F4
Menjaga kestabilan politik
F5
Menjaga sentimen perkauman
F6
Bertoleransi
F7
Merealisasikan konsep 1 Malaysia
F8
Mana-mana jawapan munasabah









BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1.   Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan pemimpin kita melihat masa depan. Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia memberi banyak faedah kepada rakyat negeri tersebut?

F1
Kemajuan ekonomi
F2
Perniagaan
F3
Pasaran
F4
Kestabilan politik
F5
Bantuan persekutuan
F6
Peluang mentadbir
F7
Kemudahan awam
F8
Pengangkutan
F9
Perhubungan
F10
Pendidikan
F11
Universiti

Mana-mana jawapan munasabah

2.   Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina dalam usaha menubuhkan Malaysia?

F1
Perpaduan rakyat penting
F2
Sikap matang
F3
Mengelak perang
F4
Mementingkan diplomasi
F5
Melalui meja perundingan
F6
Perang menghancurkan negara
F7
Berhati-hati dengan anasir luar
F8
Berjuang untuk negara
F9
Semangat patriotisme
F10
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

1.   Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia?

F1
Kecekapan mentadbir
F2
Keadilan rakyat
F3
Menjamin taat setia kepada negara
F4
Hak asasi rakyat
F5
Rujukan mentadbir
F6
Ketenteraman awam
F7
Agihan kuasa persekutuan negeri
F8
Mana-mana jawapan munasabah

2.   Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih relevan dan penting kepada negara Malaysia?

 

F1
Melindungi rakyat pelbagai kaum
F2
Ketika darurat
F3
Melindungi Islam
F4
Kebebasan agama
F5
Melindungi hak orang Melayu
F6
Melindungi kerakyatan kaum lain
F7
Perpaduan kaum
F8
Mana-mana jawapan munasabah

3.   Pada pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan perlu dihormati dan dipelihara?

F1
Lambang kedaulatan
F2
Semangat patriotisme
F3
Cinta akan negara
F4
Perpaduan kaum
F5
Taat kepada negara
F6
Pembakar semangat
F7
Mana-mana jawapan munasabah

4.   Pada pandangan anda, mengapakah hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri amat penting?

F1
Menyatupadukan pelbagai wilayah yang berasingan
F2
Membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil
F3
Mengurangkan perbalahan antara etnik
F4
Menjamin keharmonian dan hubungan baik
F5
Toleransi untuk kepentingan bersama
F6
Memudahkan pembangunan ekonomi
F7
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 8 :  PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

1.   Pada pandangan anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun Malaysia kini menuju ke arah negara maju?

F1
Bantu ekonomi bumiputera
F2
Pertanian dagang
F3
Usahawan tani
F4
Bekalan makanan
F5
Mengurang import
F6
Keselamatan ketika darurat
F7
Petani miskin dibantu
F8
Mana-mana jawapan munasabah
2.   Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah pendidikan perlu terus diutamakan dalam kehidupan kita hari ini?

F1
Memajukan diri
F2
Pembangunan negara
F3
Sahsiah anak muda
F4
Tuntutan agama
F5
Peluang pekerjaan
F6
Pemimpin berwibawa
F7
Mana-mana jawapan munasabah

3.  Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu menjadi negara maju selaras dengan Cita-cita Wawasan 2020?

F1
Ekonomi maju
F2
Pendapatan tinggi
F3
Kestabilan politik
F4
Maruah bangsa
F5
Kemajuan ilmu
F6
Masyarakat penyayang
F7
Agihan ekonomi
F8
Perpaduan
F9
Mana-mana jawapan munasabah


BAB 9:  MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

1.   Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua?

F1
Kehilangan nyawa
F2
Rosak harta benda
F3
Tamadun rosak
F4
Kanak-kanak/wanita
F5
Perpecahan negara
F6
Pendidikan terjejas
F7
Masyarakat hancur
F8
Mana-mana jawapan munasabah

2.   Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kelebihan dasar luar Malaysia yang berbaik-baik dengan semua negara?           

F1
Tiada musuh
F2
Ekonomi stabil
F3
Tiada ancaman kuasa besar
F4
Negara aman
F5
Rakyat bersatu
F6
Mana-mana jawapan munasabah
3.   Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengelak perang daripada berlaku?            

F1
Patuh undang-undang
F2
Hormat negara lain
F3
Jadi ahli PBB
F4
Berdiplomasi
F5
Muafakat
F6
Mana-mana jawapan munasabah

4.   Pada pandangan anda, apakah kesan perkembangan globalisasi pada zaman kini?

F1
Jurang antara luar bandar dengan bandar
F2
Jurang antara negara maju dengan membangun
F3
Menyekat peluang pekerjaan
F4
Merendahkan taraf hidup
F5
Perkembangan masalah sosial
F6
Mewujudkan sikap individualistik
F7
Persaingan tidak sihat
F8
Penindasan golongan kaya terhadap orang miskin
F9
Mana-mana jawapan munasabah

5.   Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia sepatutnya menghadapi cabaran globalisasi?
F1
Memajukan prasarana ICT
F2
Mengambil peluang dan faedah ICT
F3
Mempromosikan penggunaan ICT
F4
Memajukan projek Koridor Raya Multimedia
F5
Menyediakan e-pendidikan
F6
Menjadi warga global
F7
Mengamalkan e-dagang
F8
Mana-mana jawapan munasabah