Assalamualaikum semua
Ha... dah lame ana tak on blog ni ... hhahah kesian dia...
.
Sebenarnya ana sibuk sikit ... opsss.. bukan sikit tapi banyak oooo ... hhahha
.
Hahhaha never mind ... ana rase awa2 semua pn x mau tahu kan ... huhuhu.
.
Maksud ana ttg kehidupan baru ialah.. ana adelah... jeng jeng jeng...
.
Taraaaaa...
Ana ade buat chanl kt telegram ... huhuhu join la ... jup ana bagi link... hheheh.. jup tau tunggu ...
.
Taraaa
Telegram.me/Ihfazillahyahfazkah
Hehhehe.. nnty join tau ...
.
Ana jugak ade buat usrah dekat wechat
Klu awa nk join
Add ana ye
Jup ana bagi id
Mmmmm x jmpe la plk ..
Huhuhu
Haaa dpt pn
hamba_allah_04
.
.
Ha tu je la... in shaa allah dari masa ke masa ana update g erk... papai.. assalamualaikum...
Thursday, 18 February 2016
Kehidupan baru
Sunday, 2 August 2015
lulus addmath
TIPS LULUS ADD MATHS
Kertas 1
Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..biasanya pattern soalan sama saja.
Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function
Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation
dan seterus-seterusnya lah...(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)
Empat Chapter ini (biasanya tak keluar dalam Paper 1 sebab chapter ni soalan pilihan Paper 2)
-Solution Of Triangle
-Index Number
-Motion Along A Straight Line
-Linear Programming
Cadangan
1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua soalan sehabis baik mengikut kemampuan anda
(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama kerana beberapa chapter telah diajar dalam matematik moden juga..)
2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation (dicadangkan Casio MS570)
- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih mudah kerana factorization untuk quadratic equation
digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak diberikan sekiranya jalan kerja tidak ditunjukkan-
(calculator untuk tujuan penyemakkan)
- untuk mencari nilai binomial probability distribution -nilai X dengan lebih mudah tanpa menggunakan buku sifir
4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan
3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung setiap soalan..yang terdiri dari 2,3 dan 4 markah. Jawab soalan berpandukan markah yang diberi.
4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan..(hampir semua formula)..walaubagaimanapun ia akan menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu menggunakan atau tidak tahu makna simbol..penting untuk anda "mesra" dengan formula-formula ini dengan membuat seberapa banyak latihan
5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya : Without using scientific calculator..maksudnya anda diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk menjawab soalan itu..walau bagaimanapun..anda boleh menggunakan mesin kira untuk tujuan semakan..
6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 25markah (30/80) untuk kertas 1
7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk lulus Add Math..pelajar yang biasa mendapat markah (60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat A1 atau A2 untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)
Kertas 2
Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15 soalan..wajib jawab 12)
Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)
sekiranya anda sangat lemah dalam add math pastikan anda fokuskan kepada soalan-soalan berikut
* Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization guna scintific calculator anda)
* Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7) (buat jadual (sekurang-kurang nya dua tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)
* Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana graf trigo tidaklah sesusah yg selalu
digambarkan)
* Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja
Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan mereka memilih tajuk Index Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah..dan solution of triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan Linear Programing(mengambil masa untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf)..Motion Along a Straight Line (perlu mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan baik untk topik
ini)
# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari topik lain yang selalu diuji ialah Coordinate Geometry, Statistic, Circular Measures, Vector, Differentiation dan Integration
Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk topik2 terpilih tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2) peluang untuk anda lulus adalah sangat cerah sekali..jika anada dapat menambah 10 markah lagi..peluang untuk kredit berada di depan mata)
1.Segala cadangan di atas adalah atas pemerhatian dan pengalaman (kursus teknik menjawab) yang telah saya ikuti@alami sendiri..sekiranya anda mempunyai guru2 pakar yang dapat memberikan ilmu atau strategi menjawab yang lebih baik saya sangat mengalu-alukan anda berkongsi dengan saya
2. Sekiranya anda telah pun mempunyai strategi menjawab yang lebih baik...dan cadangan di atas tidak memberikan banyak input malah mengelirukan..ABAIKAN SAJA
3. Sekiranya anda rasa ia membantu dan memerlukan lebih dari yang ditulis diatas anda boleh bertanya - akan saya jawab sekiranya mampu...
Tuesday, 7 July 2015
RAMALAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2015
DIPETIK DARI :
https://ustazsyahir.wordpress.com/2015/03/04/analisis-tajuk-pendidikan-islam-spm-2015

https://ustazsyahir.wordpress.com/2015/03/04/analisis-tajuk-pendidikan-islam-spm-2015


PENANDA WARCANA

Bahagian 1
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
· Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu … · Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah …. · Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. · Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. · Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini … · Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan … PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN · Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. · Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. · Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. · Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan ……. · Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN · Kita dapat menyaksikan betapa… · Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana… · Lazimnya, dalam keadaan … · Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah … · Pada hemat saya … · Pada pandangan saya … · Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa … · Sebagaimana yang kita ketahui · Sebagaimana yang kita maklumi · Sejak awal lagi · Sejak kebelakangan ini · Selain itu, pada masa ini juga · Seperti yang telah dinyatakan · Umum mengetahui bahawa · Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN · Bagi sesetengah orang … · Begitu juga dengan … · Begitu juga halnya dengan … · Bertitik tolak daripada itu … · Bukan itu sahaja … · Dalam hal ini … · Dalam konteks ini .. · Dalam zaman yang serba canggih ini … · Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa … · Dengan adanya … · Dengan berbuat demikian … · Dengan perkataan lain .. · Disebabkan hal itu · Disebabkan keistimewaan inilah kita .. · Hal ini berlaku disebabkan · Hal ini penting dalam · Hal ini serupa dengan · Hal yang serupa berlaku apabila · Ini disebabkan · Ini membuktikan bahawa · Ini menggambarkan bahawa · Ini secara tidak langsung akan · Ini semua meninggalkan kesan kerana · Ini tentu sekali membuatkan · Jadi kita perlu · Jadi kita hendaklah · Keadaan ini tentunya · Lantaran itu sehingga kini · Kesemua ini menyumbang kepada · Kita mengakui hakikat bahawa · Kita sering menonton di kaca televisyen · Kita sering membaca di dada-dada akhbar · Memandangkan keadaan yang sedemikian · Namun sejak kebelakangan ini · Oleh itu, bolehlah dikatakan · Secara logiknya masa yang · Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita · Keadaan ini seharusnya boleh · Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini · Kendatipun demikian, kita masih · Yang paling nyata ialah · Yang perlu kita pastikan ialah PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK · Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak · Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan · Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak ………… PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH · Sebagai contohnya · Biar kita lihat · Biar kita ambil contoh · Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah · Sebagai analoginya, · Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN · Intihanya, · Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas · Konklusinya, · Dengan ini diharapkan · Bukan itu sahaja · Mudah-mudahan perkara ini · Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa · Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan … · Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN 01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. |
Bahagian 2
i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya, iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti v) Penanda menghuraikan contoha) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, vi) Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala(Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total, ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ....... |
Sumber:
|
SPM BAHASA MELAYU KERTAS 1
PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1
Siri 7
KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
sumber: Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu)
dipetik daripada : Cikgu Idris Saleh http://bmmaya.blogspot.com/
01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit
. 13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat
.18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
FRASA MENARIK .......
FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
Subscribe to:
Posts (Atom)